Monday 6 February 2012

TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN



2.1 Definisi taksonomi

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

2.1.2 Domain
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor

i.   Domain kognitif
ü  Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
ü  Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
ü  Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
ü  Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
Hierarki Taksonomi Bloom

Rajah 2.1 Hierarki taksonomi bloom


ü  Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
ü  Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
ü  Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
TAHAP
ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,
tulis semula.
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Jadual 2.2 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

ii. Domain Afektif
melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan, emosi, seperti minat, sikap, apresiasidan cara penyesuaian diri.

iii.  Domain psikomotor
mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek ketrampilan motor seperti tulisan tangan, berenang dan mengoperasi mesin.


2.2 Domain Krathwohl

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
v  Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
v  Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
v  Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
§  Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
§  Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
§  Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam
satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS
§  Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
§   Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI

§  Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
§  Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
§   Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
§  Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
§  Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.












No comments:

Post a Comment