Monday 6 February 2012

TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


3. 0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


i.      Definisi

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi.  Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JPU). JPU yang dikenali  sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification”  adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi:  paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

ii.    Tujuan JSU

Ø  Ujian tidak dibina secara sembarangan
Ø  Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
Ø  Panduan kepada penggubal soalan
Ø  Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
Ø  Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

iii.   Penggubal JSU
Ø  Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
Ø  Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

iv.   Ciri-ciri JSU
Ø  Ada tajuk yang hendak diuji
Ø  Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
Ø  Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
Ø  Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
Ø  Merangka secara nyata bidang yang akan diuji


v.    Pentingnya Jadual Spesifikasi Ujian

Ø  Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Ø  Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Ø  Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Ø  Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
Ø  Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
Ø  Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Ø  Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Ø  Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Ø  Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.


      iv.  Contoh  JSU

Bil

Bentuk Soalan

Objektif


Kemahiran

Kognitif

 
Bidang/Topik/Topik Kecil

 

Jam


1

2

3

4

5

6

Jumlah

Item
1.1
Tatabahasa


20

1
2

2
2
2

1
1
2

1

1


1


16

·         Kata ganda
·         Kata majmuk
·         Kata terbitan
1.2
Membaca dan Memaham



15





2



2



1




1



1



12

·         Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca.  Panjang petikan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.

·         Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas.

2

2

1





1.3
Peribahasa

5


1

1




4

·         Simpulan Bahasa

·         Perumpamaan

1
1




Jumlah
40






32

                                    Jadual 1:  Contoh JSU

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JSU iaitu:


·         ujian tidak dibina sembarangan,
·         menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,
·         memberi  panduan dan penentu kepada penggubal ujian,  dan
·         memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

  

      v.   Langkah-langkah Membina JSU

 Langkah 1:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil

Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran

Masa Belajar

1.1
Tatabahasa
    

    20

·         Kata ganda
·         Tanda baca
·         Membentuk ayat
1.2
Membaca dan Memaham
    
 
 
      15

·         Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca.  Panjang petikan prosa ialah lebih kurang 150 patah perkataan.

·         Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas
1.3
Peribahasa
    
       5

·         Simpulan bahasa

·         Perumpamaan

Jumlah
      40

Jadual 2:  Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar


Langkah 2:

Tentukan soalan yang akan dibina itu.  Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan pertimbangan yang baik.  Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah:

·         tujuan ujian itu diadakan
·         masa yang diperuntukkan untuk ujian itu
·         umur pelajar
·         bilangan pelajar yang diuji

Contoh:
a.   soalan objektif  (30 soalan)
b.   1 markah bagi 1 item.
c.   jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

            =  Jumlah masa                   X  Jumlah soalan
      Jum. Masa keseluruhan



Langkah 3:


Tentukan model aras kesukaran item.
Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain      - kognitif       -   aktiviti mental
                        - afektif         -   menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan
                        - psikomotor -  aktiviti fizikal



   Rajah 3:   Domain Kognitif Taksonomi Bloom                                           

 Langkah 4:

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

·         Ujian objektif
·         Ujian struktur
·         Ujian esei
·         Dan lain-lain.



Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik



Bil.
 
Bidang/Topik/Topik Kecil

 

Masa Belajar


Anggaran Jumlah Item

 

Jumlah

Item
1.1
Tatabahasa

20

            20       x 32
          ____
           40
         

16

·         Kata ganda
·         Tanda baca
·         Membentuk ayat
1.2
Membaca dan Memaham



15



  
       15         x  32
         ____
          40



12

·        Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca.  Petikan prosa yang penjangnya lebih kurang 150 patah perkataan

·        Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas.
1.3
Peribahasa

5
    
          5       x   32
        ____
          40

4

·        Simpulan bahasa

·         Perumpaan

Jumlah
40

32

                        Jadual 3:  Pengiraan Soalan Mengikut Topik

Langkah 5:

·         Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).
·         Penentuan aras kesukaran soalan  (soalan mudah – soalan sukar).
·         Pemarkahan.


Langkah 6:
·         Menyatakan mata pelajaran.
·         Tingkatan.
·         Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

 


No comments:

Post a Comment