Monday 23 April 2012

TAJUK 8 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (projek dan kertas kerja)


PENGENALAN

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.  Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing. 

TUJUAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1.    Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2.   Memberi kebebasan kepada pelajar untuk  menunjukkan kreativiti dan inovasi
3.   Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di  luar bilik darjah
4.   Memotivasikan pelajar untuk belajar
5.   Memberi peluang pelajar memainkan  peranan sebagai pemimpin
6.   Membenarkan pelajar menentukan peranan
7.   Membolehkan pelajar yang mempunyai  minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan    mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

 LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

 Langkah 3 : Melaksanakan  strategi

 Langkah 4 : Memproses  Maklumat

 Langkah 5 : Menilai Hasil Projek 

TAJUK 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (kontrak pembelajaran dan soal jawab)


PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• GurU menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

 Penilaian Melalui Soal Jawab


Ø Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.

Ø Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.

Ø Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.

Ø Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.


TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA



PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio
1. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
2. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio
1.   Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2.    Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3.    Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio
1.   Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2.   Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3.   Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4.    Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5.   Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
1.   Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2.   Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3.   Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4.   Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Penilaian bagi Portfolio
1.   Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2.   Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3.   Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.


Kriteria penilaian
1.   Struktur dan organisani
2.   Strategi pengurusan
3.   Variasi isi yang sesuai
4.   Struktur ayat dan gaya bahasa
5.   Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6.   Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
7.   Skala berkadar atau berkala boleh digunakan


2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya
2. Bentuk perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian
- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan
- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.