Monday 23 April 2012

TAJUK 8 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (projek dan kertas kerja)


PENGENALAN

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.  Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing. 

TUJUAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1.    Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2.   Memberi kebebasan kepada pelajar untuk  menunjukkan kreativiti dan inovasi
3.   Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di  luar bilik darjah
4.   Memotivasikan pelajar untuk belajar
5.   Memberi peluang pelajar memainkan  peranan sebagai pemimpin
6.   Membenarkan pelajar menentukan peranan
7.   Membolehkan pelajar yang mempunyai  minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan    mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

 LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

 Langkah 3 : Melaksanakan  strategi

 Langkah 4 : Memproses  Maklumat

 Langkah 5 : Menilai Hasil Projek 

TAJUK 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA (kontrak pembelajaran dan soal jawab)


PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• GurU menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

 Penilaian Melalui Soal Jawab


Ø Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.

Ø Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.

Ø Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.

Ø Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.


TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA



PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio
1. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
2. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio
1.   Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2.    Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3.    Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio
1.   Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2.   Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3.   Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4.    Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5.   Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
1.   Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2.   Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3.   Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4.   Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Penilaian bagi Portfolio
1.   Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2.   Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3.   Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.


Kriteria penilaian
1.   Struktur dan organisani
2.   Strategi pengurusan
3.   Variasi isi yang sesuai
4.   Struktur ayat dan gaya bahasa
5.   Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6.   Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
7.   Skala berkadar atau berkala boleh digunakan


2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya
2. Bentuk perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian
- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan
- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.







Monday 6 February 2012

TAJUK 5: JENIS PENILAIAN BAHASA


5.0  Jenis-jenis penilaian bahasa
Terdapat beberapa jenis penilaian bahasa yang digunakan untuk menguji kemhairan berbahasa pelajar sama ada secara lisan, bertulis atau membaca.  Berikut merupakan jenis-jenis penilaian bahasa :
§  Penilaian formatif
§  Penilaian sumatif
§  Penilaian kefasihan
§  Penilaian kemajuan
§  Penilaian bakat
§  Penilaian pencapaian

i.               Penilaian formatif
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri:
v  dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
v  dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
v  bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
v  dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
v  maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
v  Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif 
1) Menentukan topik pembelajaran.
v  Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.
v  Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
v  Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
v  Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
v  Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
v  Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.
v  Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
v  Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
v  Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
v  Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

4) Membentuk soalan ujian.
v  Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
v  setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

5) Mencadangkan langkah susulan.
v  Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.
v  tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
v   Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:
v  memperbaiki pengajaran pembelajaran.
v  meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
v  memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
v  menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
v   memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
v  guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
v   mengubah suai pengajaran seseorang guru.
v  guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
v  memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
v  menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.


ii.            PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum


Ciri- ciri:
v  lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
v  untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:
v  Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
v  Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
v  Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
v  Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
v  Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
v  Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
v  Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.
Tujuan:
v  membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
v   memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
v  mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
v  dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
v  memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. 
Perbezaan ujian formatif dan ujian sumatif.

Aspek
Ujian Formatif
Ujian Sumatif
Konsep
Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran.
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
Tujuan
Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Waktu penilaian
Sepenjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
Liputan
Mengenai satu unit pembelajaran atau kemahiran yang spesifik
Meliputi seluruh sukatan pelajaran
Kaedah
Formal: pensel dan kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan dan latihan.

Cara: Individu dan berkumpulan
Formal : ujian pensel dan kertas serta lisan.


Cara: berkumpulan.
Pemarkahan
Tidak menentukan gred pencapaian
Menentukan gred pencapaian.
Contoh
Pemerhatian di dalam kelas, kerja amali, ujian bulanan
Peperiksaan awal dan akhir tahun, UPSR,PMR, SPM, STPM dan lain-lain.
Selepas penilaian dijalankan
·         Membaiki kelemahan secara serta merta (pemulihan).
·         Menjalankan aktiviti pengukuhan (pengayaan).
·         Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
·         Memberikan pengiktirafan seperti sijil dan hadiah.
·         Membaiki kurikulum dan mata pelajaran.


iii.           Penilaian kefasihan
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan
Ujian kefasihan dinilai dari segi:
Ø  Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang
Ø  Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
Ø  Intonasi dan nada yang betul
Ø  Pemilihan ungkapan yang betul
Ø  Mimic muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
Ø  Pososo tubuh yang betul
Ø  Kedudukan buku yang betul
Ø  Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah akan berhenti untuk menyerap perkataan)
Ø  Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil.
Ø  Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca.

Ujian kefasihan pentng untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.  Kefasihan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi kriteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya.

iv.           Penilaian kemajuan
Setiap ujian kemajuan yang digunakan did lm kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.

Berasaskan objektif pengajaran. Pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
Bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar2 telah menguasai bahan atau perkara2 yang diajar tentang satu2 tajuk tertentu.

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.  Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.  Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui denganlebih jelas tentang kemajuan setiao orang pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

v.            Penilaian bakat
·         Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
·         Mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara khusus atau keseluruhan.
·         Selalunya melibatkan data2 bahasa ayng ‘artifical’ mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatbahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Terbahagi kepada 2 kumpulan:

a.            Berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal.contohnya Seashore Measures of Musical Talents digunakan sehingga sekarang untuk menentukan bakat yang ada pada seseorang.
b.            Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa).

Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.Kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.

vi.           Penilaian pencapaian
§  Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
§  Ujian pencapaian ertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
§  Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
§  Boleh dijadikan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester pesekolahan.
§  Berbeza daripada ujian kemajuan.bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi.