Monday 6 February 2012

TAJUK 4: PEMBINAAN UJIAN


4. 0  PEMBINAAN UJIAN

 4.1   Jenis-jenis Ujian

 Terdapat dua ujian yang digunakan untuk menguji penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai.  Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:
i.                              objektif dan
ii.                            subjektif

i.               Objektif
Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan kepada pelajar iaitu:

a.                item respons bebas ( jenis sumbangan)
b.                item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas
Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang yang disediakan.  Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan.  Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas.

i.          Jenis soalan:
            contoh: 
a)  Imbuhan  apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?
               (ke - an)
   b)  Apakah lawan bagi perkataan untung?
               ( rugi)            
          
ii.         Item Melengkapkan Penyataan
                        Contoh:
a)            Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya _____(jauh) dari tempat ini.
b)             Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.


Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)


Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat.  Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.  Item-item itu ialah format Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i.              Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan  iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).  Ada ketika  guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian.

            Contoh bagi Item Dua Pilihan:
            a)         Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.
i)             Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan tanpa kasut.                                                                             B /S

            b)         Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:
                        i)          Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi.                               Ya/Tidak

ii.         Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang mengandungi perkataan atau frasa.perkara .  Ruangan A dipanggil pokok soalan (premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response).  Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan objek/ perkara diruang B.
                       
            Contoh :
Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Ruangan A
(Kata Bilangan)
Ruangan B
(Contoh)
1.  Kata Bilangan Tentu
A.  Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada  rumah anak yatim.
2.  Kata Bilangan Himpunan
B.  Aminah mempunyai dua ekor arnab
3.  Kata Bilangan Pecahan
  C.  Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing apabila guru masuk ke kelas.
4. Kata Bilangan Pisahan
D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan Pengetua.

iii.           Item Aneka Pilihan

a.         Item aneka pilihan berbentuk soalan
                       
                        Contoh:
1.    Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

(A)         Jangan lari.
(B)         Padamkan lampu itu.
(C)         Sila duduk sekarang.
(D)         Harap anda dapat datang esok.

            b.         Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
                        Contoh:
1.            Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

(A)         Jika dia rajin dia lulus.
(B)         Mereka membaca buku di perpustakaan.
(C)         Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.
(D)         Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

            c.         Mengisi Tempat Kosong
                        Contoh:

1.            Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun.

(A)       keringan                   
(B)       mengeringkan         
(C)       kekeringan
(D)       berkeringan

d.         Jenis Jawapan Terbaik
            Contoh:
            1.         Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang
(A)      menunjukkan sifat sesuatu.
                                 (B)      menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.
(C)      menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
(D)      mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat.

            e.         Analogi
                        Contoh:
            Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan.  Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.
                                           hitam  :   putih

(E)         kain         :     merah
(F)          merah     :     tua
(C)       merah     :     hijau
(D)         merah     :     jambu

            f.          Antonim
                        Contoh:
                        Arahan:      Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan.  Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

         PEMARAH
I.      Penyabar
II.    Pengampun
III.   Pendamai
IV.  Peramah

(A)       I dan II sahaja
(B)       I dan IV sahaja
(C)       II dan III sahaja
(D)       III dan IV sahaja

g.            Jenis Negatif
Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-lain.

Contoh:
Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama kecuali
(A)       labi-labi.
(B)       rama-rama.
(C)       kuda-kuda.
(D)       kura-kura.


            h.         Item Jenis Cantuman.
                        Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai
                       
            1.         Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
I.          Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir pitam itu agar tidak rebah.
II.      Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa membenteras kegiatan cetak rompak.
III.     Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan kami bertiga.
IV.    Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola baling sekolah mereka yang akan bertanding esok.

(A)       I dan III sahaja                                             
(B)       II dan IV sahaja                                            .
(C)       I, II  dan IV sahaja
(D)       I,II, III  dan  IV

Contoh (b):   Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/ sekuen.

1.         Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis.  Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

                                                                      i. Yang Berusaha
                                                                    ii. Yang Amat Berhormat
                                                                   iii. Yang Berhormat
                                                   iv.  Yang Berbahagia

(A)         I, II, III dan IV
(B)         II, III, IV dan I
(C)         III, II, I dan IV
(D)         IV, III, II dan I
I.          Yang dimuliakan  Saudara Pengerusi Majlis
II.        Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah
III.       Guru-guru dan ibu bapa
IV.      Tuan-tuan dan puan-puan
V.        Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah
 
           
           





2.Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah

(A)         I, II, III, IV, V
(B)         I, III, II, V, IV
(C)         I, IV, III, II, V
(D)         I, V, II, III, IV
Aras kemahiran item objektif aneka pilihan

Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom.

Aras kemahiran dalam bidang kognitif
Kata-kata kerja
1.    Pengetahuan
      Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti,  istilah, 
       prinsip, hukum, definisi yang dipelajari
Manakah, Apakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Senaraikan, Nyatakan
2.   Kefahaman
      Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami, menterjemah, meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah dipelajari.

Huraikan, Benarkan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapa.
3.  Aplikasi
      Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Tunjukkan, Kirakan, Selesaikan, Demonstrasikan, Susunkan, Uruskan, Gunakan
4.  Analisis
     Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factor- 
     faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Bezakan, Bandingkan, Asingkan, Tafsirkan, Bahagikan, Klasifikasikan
5.   Sintesis
     Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan  
      mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
Gabungkan, merekabentuk, Bentukkan, Kumpulkan, susunkan, Gubahkan, Karangkan.
6.   Penilaian
      Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan, 
      mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, 
      karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Nilaikan, Rumuskan, Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan, Ulaskan, Bezakan, Huraikan, Buktikan.



Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.  Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu.  Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.  Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.  Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka.  Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenan.

Jawapan

Menguntukkan,  kepada,  para,  menghadiahkan,  kemunduran,  percubaan,  oleh,  membuat,  penjagaan,  anak-anak,  ahli-ahli,  menubuhkan,  ketiadaan,  aktiviti,  bertambah,  budak-budak,  telah,  mengalir,  kekurangan ganjaran.
 
 




Soalan Subjektif

Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis.  Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad.  Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat sahaja.  Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu.  Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei.  Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan.

            i.          Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema.  Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan.  Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan.  Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.

Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1.      Bina ayat yang mengandungi:
                     (i)     Kata kerja aktif tak transitif
                 ____________________________________________________
         (ii)     Kata kerja aktif transitif
                  ____________________________________________________                                                                                                                             ( 2 markah )

2.      Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada hukum keselarasan vokal.
(ii)          ________________________________________________
(iii)         _____________________________________________
                                                                                                           (2 markah)                                                                                   
ii.         Item Jenis Esei       

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri.  Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.  Ia memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.  Tindak balas yang diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.  Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

            Contoh pembinaan item esei.

            a.         Tindak balas terbatas (TBT)          
                       
            1.         Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.

(a)      Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap bentuk.
                                                                        ( 9 markah )

(b)  Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi  dua rangkap.
                                                                       ( 6 markah)
                    
Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas.  Ini dihadkan kepada skop atau topik tertentu.  Batasan dan bentuk  ini dinyatakan dalam soalan.  Item ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.  Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan pemarkahan.

1.    Tindak balas lanjutan (TBL)

“  Membaca Kunci Kejayaan “.   Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca.  Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini.
                                                                        ( 25 markah )

4. 2  Langkah Penyediaan Item Ujian

1)      Menyediakan JPU
2)      Menulis item ujian

Prinsip-prinsip :
§  Arahan hendaklah ringkas dan mudah difahami
§  Arahan jawapan hendaklah jelas
§  Guna bahasa yang mudah dan jelas
§  Bina item yang jawapannya berkaitan spesifik pengetahuan/kemahiran
§  Nyatakan unit dan ketepatan ukuran
  
3)      Menyemak item ujian
            Prinsip-prinsip :
§  Arahan menjawab setiap bahagian/soalan adalah tepat dan mudah
§  Item ditulis dengan bahasa mudah difaham dan maklumat dan kehendak soalan hendaklah jelas dan mencukupi
§  Item dibina mencukupi dan seimbang dari sei kandungan dan objektif pengajaran
§  Item dibina tidak mengandungi petanda (clue)

4)      Menilai item ujian
Prinsip-prinsip :
§  Arahan menjawab dan bahasa adalah mudah
§  Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan
§  Soalan dibina mencukupi dan seimbang
§  Jawapan yang diberi mengikut kehendak soalan dan dalam masa yang diperuntukkan

5)      Membuat kajian rintis terhadap item
Keperluan :
§  Arahan menjawab dan bahasa difahami dan tiada kesilapan
§  Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan
§  Tiada soalan terkeluar dari objektif
§  Soalan dijawab mengikut dan sesuai dengan masa






No comments:

Post a Comment