Wednesday 11 January 2012

TAJUK 1 : PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

1.1 PENTAKSIRAN

  • ž Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman   tentang  produk sesuatu proses pendidikan.

ü  Proses  : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
ü  Maklumat           : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
ü  Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
  • Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
  • žDalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • Mokhtar Ismail; pentaksiran ialah angkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.ž  Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif yang merangkumi skala ordinal atau skala selang serta menentukan kedudukan / pencapaian murid.

  • Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
q  Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
q  Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
q  Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
q  Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik

1.2  PENGUJIAN 
  • Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara
  • yang sistematik.
  • Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
  • Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
  • sesuatu pengajaran
  • Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
  • untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
  • Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
  • secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang
  • dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

1.3 PENILAIAN
  • Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
  • menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
  • providing useful information for judging decision alternatives.
  • Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
  • proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
  • pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
  • Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia
  • adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
  • membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat
  • tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
  • keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
  • kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
  • selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
  • pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.



No comments:

Post a Comment