PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan
pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa
yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan
dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak
penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini
ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali
sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat
antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan
tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi
kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan
(individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh
tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara
proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima
oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh
kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang
disenaraikan.
FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam
pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod
objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk
mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif
tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana
hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan
matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi
sepanjang proses kerjanya
BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN
DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan
dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru
sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan
oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa
objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap
strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio,
laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil
pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang
diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan
ATAU
• GurU menentukan sistem pengredan
untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan
dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan
rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan
kebolehpercayaanny
FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam
pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak
boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan
rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran,
penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal
oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana
penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat
Penilaian Melalui Soal Jawab
Ø Ia membawa maksud seorang guru
akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam
kelas.
Ø Sesi soal jawab yang dilaksanakan
selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk
mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
Ø Melalui soal jawab juga
membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk
pelajaran.
Ø Kemudian, guru akan mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah tersebut.
No comments:
Post a Comment