PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
portfolio pada umumnya merupakan
folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan
untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau
menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan
yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang
dipersetujui.
Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang
memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara
portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
3. Pemilihan maklumat dari fakta
dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara
interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri
daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang
dirangsang melalui persoalan.
Jenis Portfolio
1.
Porfolio kerja harian
Bahan
yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.
2.
Portfolio hasil terbaik
Dipilih
bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3.
Portfolio dokumen.
Hasil
tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka
dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta
perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara
berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa
mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti
portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk
mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3. Membolehkan guru memantau
perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod
pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar
pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang
afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku,
pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu
membina portfolio.
Perancangan Portfolio
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri
portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan
isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah
penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria
yang dipakai untuk menilai portfolio.
Penilaian bagi Portfolio
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep
perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan
pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh
digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal
pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod
penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai
semak.
- Penilaian awal – penilaian
merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri
paling penting – penentuan gred.
Kriteria penilaian
1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan
markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan
kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi
pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh
digunakan
2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang
tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan
yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat
dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam
membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam
penilaiannya
2. Bentuk perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan
menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis,
mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang
akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
3. Merekod penilaian pemerhatian
- Rekod pemerhatian harus
menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau
berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan
hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan
tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan
rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah
direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga
jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
4. Jenis Pemerhatian
- Mengikut tujuan dan aspek yang
hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan
untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah
dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan
perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau
jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.
5. Strategi pelaksanaan
- Secara berterusan mengikut
keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil
pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah
sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada
guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan
dikategorikan sebagai pemerhatian.
6. Fungsi penilaian melalui
pemerhatian.
- Guru berpeluang memerhati
perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri
terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara
dan pendidik.