- Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
ü Proses : Langkah / tindakan / operasi
yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
ü Maklumat : Bukti tentang prestasi
pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
ü Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
- Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
- Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
- Mokhtar Ismail; pentaksiran ialah angkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif yang merangkumi skala ordinal atau skala selang serta menentukan kedudukan / pencapaian murid.
- Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
q Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran.
q Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
q Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
q Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik
1.2 PENGUJIAN
- Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara
- yang sistematik.
- Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
- Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
- sesuatu pengajaran
- Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
- untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
- Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
- secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang
- dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
1.3 PENILAIAN
- Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
- menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
- providing useful information for judging decision alternatives.
- Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
- proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
- pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
- Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia
- adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
- membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat
- tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
- keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
- kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
- selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
- pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.