5.0 Jenis-jenis penilaian bahasa
Terdapat beberapa jenis penilaian bahasa yang
digunakan untuk menguji kemhairan berbahasa pelajar sama ada secara lisan,
bertulis atau membaca. Berikut merupakan
jenis-jenis penilaian bahasa :
§
Penilaian formatif
§
Penilaian sumatif
§
Penilaian kefasihan
§
Penilaian kemajuan
§
Penilaian bakat
§
Penilaian pencapaian
i.
Penilaian formatif
Penilaian
formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Ciri-ciri:
v
dijalankan bagi
tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
v
dijalankan sepanjang
masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus
menerus.
v
bercorak ujian
diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam
mengikuti pembelajaran.
v
dijalankan sepanjang
masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
v
maklumat yang
diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
v
Contoh: sesi soal
jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.
Prosedur Penilaian
Formatif
1) Menentukan
topik pembelajaran.
v
Sukatan pelajaran
mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi
persekolahan untuk satu tahun.
v
Topik berdasarkan
sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
v
Seandainya topik
tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan
mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
v
Dengan cara ini guru
akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih
dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
v
Sebelum beralih
kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap
penguasaan sesuatu topik.
2) Menyatakan
aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
v
Guru menentukan
kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut
keperluan topik berkenaan.
v
Setelah aspek
berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid
dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
v
Dalam hal ini apabila
keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan
terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah
menguasai topik berkenaan.
3) Menghubungkaitkan
elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
v
Guru perlu menyusun
elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat
perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
v
Setelah pemeringkatan
mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen
berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak
terpisah.
4) Membentuk
soalan ujian.
v
Dilakukan selepas
penentuan elemen-elemen berkenaan
v
setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5) Mencadangkan
langkah susulan.
v
Guru mengetahui tahap
penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh
murid-murid.
v
tindakan susulan
harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
v
Contoh:
murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka
tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik
berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh
menguasai topik tersebut.
Tujuan Penilaian
Formatif:
v
memperbaiki
pengajaran pembelajaran.
v
meningkatkan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
v
memperlihatkan
kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan
murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan
lebih baik.
v
menolong murid-murid
menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka
memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan.
v
memperbaiki
kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada
seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari
semasa ke semasa.
v
guru dapat meninggi
dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang
boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid
lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang
telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan
meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
v
mengubah suai pengajaran
seseorang guru.
v
guru juga dapat
menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
v
memberikan bimbingan
pembelajaran kepada murid-murid.
v
menjadikan murid
sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu
memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
ii.
PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian
yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan
untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang
lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir
penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum
Ciri- ciri:
v
lebih menumpukan
menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
v
untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:
v
Membentuk jadual
penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif,
bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi
memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan
yang diperolehi.
v
Menggubal
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap
item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
v
Mengumpul item secara
sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item
objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya.
Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran
kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih
tinggi.
v
Menyiapkan skema
pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
v
Menyediakan arahan
yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap
soalan yang dikemukakan.
v
Menguji item tersebut
terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan
ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
v
Menganalisis item
yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya
diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan
serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan
dengan baik.
Tujuan:
v
membantu murid-murid
secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
v
memberikan gred
kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan
yang diadakan.
v
mengiktiraf kebolehan
dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi
oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
v
dijadikan petunjuk
dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
v
memperlihatkan
peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.
Perbezaan
ujian formatif dan ujian sumatif.
Aspek
|
Ujian
Formatif
|
Ujian
Sumatif
|
Konsep
|
Ujian
yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi
mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran.
|
Ujian
yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh
tertentu persekolahan.
|
Tujuan
|
Mengenal
pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah
susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
|
Selepas
beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
|
Waktu
penilaian
|
Sepenjang
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
|
Selepas
beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal
persekolahan.
|
Liputan
|
Mengenai
satu unit pembelajaran atau kemahiran yang spesifik
|
Meliputi
seluruh sukatan pelajaran
|
Kaedah
|
Formal:
pensel dan kertas
Tidak
formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan dan latihan.
Cara:
Individu dan berkumpulan
|
Formal
: ujian pensel dan kertas serta lisan.
Cara:
berkumpulan.
|
Pemarkahan
|
Tidak
menentukan gred pencapaian
|
Menentukan
gred pencapaian.
|
Contoh
|
Pemerhatian
di dalam kelas, kerja amali, ujian bulanan
|
Peperiksaan
awal dan akhir tahun, UPSR,PMR, SPM, STPM dan lain-lain.
|
Selepas
penilaian dijalankan
|
·
Membaiki kelemahan secara serta merta (pemulihan).
·
Menjalankan aktiviti pengukuhan (pengayaan).
|
·
Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
·
Memberikan pengiktirafan seperti sijil dan hadiah.
·
Membaiki kurikulum dan mata pelajaran.
|
iii.
Penilaian kefasihan
Untuk
kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu
bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang
sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Digunakan
untuk menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.
Untuk
menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa
secara keseluruhan
Ujian
kefasihan dinilai dari segi:
Ø Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang
Ø Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan
yang dibaca.
Ø Intonasi dan nada yang betul
Ø Pemilihan ungkapan yang betul
Ø Mimic muka yang jelas sesuai untuk
membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
Ø Pososo tubuh yang betul
Ø Kedudukan buku yang betul
Ø Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah
akan berhenti untuk menyerap perkataan)
Ø Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti
struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil.
Ø Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh
mengganggu kefasihan membaca.
Ujian
kefasihan pentng untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan
seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa. Kefasihan mempengaruhi kemahiran
berkomunikasi secara berkesan dan menjadi kriteria bagi pengelompokan dari segi
kebolehan penguasaannya.
iv.
Penilaian kemajuan
Setiap ujian
kemajuan yang digunakan did lm kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan
hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Berasaskan
objektif pengajaran. Pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
Bertujuan
mengukur dan menilai setakat mana pelajar2 telah menguasai bahan atau perkara2
yang diajar tentang satu2 tajuk tertentu.
Ujian Kemajuan
digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan
menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara
yang diajar tentang 1 tajuk tertentu. Hasil
daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui denganlebih jelas tentang
kemajuan setiao orang pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
v.
Penilaian bakat
·
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
·
Mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara
khusus atau keseluruhan.
·
Selalunya melibatkan data2 bahasa ayng ‘artifical’ mengandungi pelbagai
unsur bahasa seperti fonetik, tatbahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Terbahagi
kepada 2 kumpulan:
a.
Berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal.contohnya
Seashore Measures of Musical Talents digunakan sehingga sekarang untuk
menentukan bakat yang ada pada seseorang.
b.
Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi
memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa).
Kesimpulannya,
ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang
pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.Kemahiran
berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.
vi.
Penilaian pencapaian
§
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis
ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil
pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan
juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
§
Ujian pencapaian ertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah
menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
§
Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran
yang telah diajar sahaja.
§
Boleh dijadikan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran atau mengikut penggal atau semester pesekolahan.
§
Berbeza daripada ujian kemajuan.bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih
rasmi.